

Peringkat Pertandingan
Peringkat Penyertaan :
-
Penghantaran Abstrak. Semua penyertaan mesti disertakan dengan abstrak (250 hingga 300 patah perkataan) dan dihantar melalui pautan yang disediakan, sebelum 25 Oktober 2024, 5:00 petang.
-
Penilaian Penyertaan. Setiap penyertaan akan dinilai oleh pihak penganjur. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak mematuhi terma dan syarat pertandingan.
Peringkat Saringan
-
Penghantaran Video dan Poster: Penyertaan yang berjaya perlu menghantar satu (1) pautan video pembentangan (3 hingga 4 minit) yang dimuat naik ke YouTube, bersama satu (1) poster infografik saiz A1 dan borang kebenaran melalui pautan yang disediakan, dalam tempoh 4 November hingga 8 November 2024.
-
Showcase dan Penjurian: Showcase inovasi dan sesi penjurian akan diadakan secara dalam talian dan fizikal dari 11 hingga 15 November 2024. Syarat dan jadual pembentangan akan dikeluarkan oleh sekretariat pertandingan. Pertukaran giliran pembentangan tidak dibenarkan. Masa keseluruhan pembentangan untuk setiap peserta adalah 15 minit, termasuk 5 minit untuk pembentangan dan 10 minit untuk sesi soal jawab.
-
Kehadiran dan Persediaan: Peserta perlu hadir dan bersedia semasa sesi penjurian. Pastikan anda berada di pautan video konferen yang disediakan 10 minit sebelum waktu yang ditetapkan.
-
Format pembentangan: Setiap peserta hendaklah membentang dalam 5 minit mengikuti format berikut: (i) isu dan permasalahan, (ii) aplikasi inovasi, (iii) kebaharuan, dan (iv) kebolehpasaran serta potensi pengkomersialan.
-
Hanya lima (5) peserta terbaik dalam setiap kategori yang memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan sahaja akan dipilih dan mara ke peringkat akhir pertandingan.
Peringkat Akhir
-
Pembentangan bersemuka: Lima (5) finalis bagi setiap kategori akan dipilih untuk membentang inovasi secara bersemuka di Universiti Malaysia Sabah pada 21 November 2024.
-
Pameran inovasi: Semasa sesi pembentangan, peserta berpeluang mempamerkan inovasi mereka.
-
Format pembentangan: Setiap peserta hendaklah membentang dalam 5 minit mengikuti format berikut: (i) isu dan permasalahan, (ii) aplikasi inovasi, (iii) kebaharuan, (iv) kebolehpasaran dan potensi pengkomersialan, (v) pencapaian/pengiktirafan/anugerah.
-
Tawaran hadiah: Tawaran hadiah adalah tertakluk kepada pindaan oleh pihak penganjur dan penaja.
-
Nota: Inovasi yang dibentangkan dalam peringkat akhir perlulah sama dengan inovasi yang di bentangkan semasa peringkat saringan.
Panduan Pendaftaran
-
Video panduan pendaftaran

%20(1080%20x%20369%20px)%20(8).png)
Kategori Pertandingan
Kategori Universiti Awam
(Terbuka kepada pelajar Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Teknologi Mara Sabah)
Makanan dan Sumber Alam
Sains Sosial, Seni dan Kemanusiaan
Sains dan Teknologi
Kewangan dan Perekonomian
Poster EIS '24
.png)
Kategori Terbuka
(Terbuka kepada pelajar Politeknik, Kolej Vokasional, dan Kolej Komuniti)
Politeknik
Kolej Vokasional
Kolej Komuniti
Terma dan Syarat
-
Penyertaan terbuka kepada semua pelajar sijil/asasi/diploma/prasiswazah institusi pengajian tinggi awam di Sabah.
-
Yuran penyertaan adalah RM 20.00 setiap penyertaan.
-
Penyertaan secara individu atau berkumpulan, tanpa had bilangan ahli.
-
Setiap penyertaan (individu/berkumpulan) perlu disertakan seorang (1) mentor atau penyelia.
-
Pertukaran peserta yang telah didaftarkan adalah tidak dibenarkan, kecuali dengan alasan yang munasabah dan pertimbangan khas daripada pihak penganjur.
-
Pendaftaran (invidivu/Kumpulan) sebagai perniagaan dengan universiti/kolej atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) amatlah digalakkan.
-
Semua penyertaan mesti merupakan karya asli yang telah dipersetujui oleh mentor atau penyelia.
-
Pihak penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang tuntutan berhubung pelanggaran hak cipta.
-
Penyertaan akan dibatalkan jika didapati karya yang dikemukakan tidak asli atau plagiarisme.
-
Karya yang dihasilkan perlulah tidak menyentuh isu sensitif seperti agama, kaum, politik dan moral.
-
Projek inovasi yang dihasilkan perlu mengandungi elemen digital (contohnya: pembayaran digital).
-
Segala keputusan juri di peringkat saringan (secara dalam talian) dan peringkat akhir (secara bersemuka) adalah muktamad.
-
Semua pasukan yang layak mara ke Peringkat Akhir perlu hadir ke sesi pembentangan pada 21 November 2024. Kos pengangkutan dan penginapan adalah di bawah tanggungan IPT masing-masing. Penganjur akan menaja makan minum semasa majlis penutupan. Kehadiran ke majlis penutupan adalah tertakluk kepada perubahan dan situasi semasa, yang akan dimaklumkan kelak.
-
Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta yang menghantar penyertaan lengkap dan memenuhi syarat sahaja.
-
Setiap peserta akan diberikan SATU (1) SIJIL PENYERTAAN secara individu. SATU(1) PENGHARGAAN tambahan akan diberikan kepada pemenang EMAS, PERAK dan GANGSA. Pemenang pingat EMAS akan menerima Sijil Penghargaan, Trofi dan Wang Tunai.
-
Pihak penganjur berhak untuk meminda dan menambah baik terma serta syarat pertandingan mengikut kesesuaian dari semasa ke semasa.
Panduan Pendaftaran
-
Video panduan pendaftaran

.png)
Tuntutan Hak Cipta
-
Pihak penganjur tidak memiliki hak cipta sepenuhnya terhadap karya yang dihasilkan.
-
Pihak penganjur berhak menggunakan karya penyertaan untuk tujuan promosi dan kempen.
Format dan Garis Panduan
Templat Abstrak
Penyertaan perlu menghantar penulisan ringkas (abstrak) mengikut garis panduan berikut:
-
Had Perkataan: Abstrak hendaklah terdiri daripada 250-300 patah perkataan.
-
Templat: https://bit.ly/eis24abstrak
-
Kandungan: Abstrak perlu mengandungi elemen-elemen berikut:
-
Pengenalan Inovasi: Terangkan secara ringkas inovasi tersebut, termasuk tujuan dan keperluan yang cuba dipenuhi.
-
Isu dan Permasalahan: Nyatakan dengan jelas masalah atau cabaran khusus yang ingin diselesaikan oleh inovasi ini. Jelaskan mengapa isu ini penting dan bagaimana ia memberi kesan kepada sasaran atau industri tertentu.
-
Aplikasi Inovasi: Perincikan cara inovasi ini berfungsi, aplikasi praktikalnya, dan bagaimana ia menangani masalah yang telah dikenal pasti. Ciri-ciri unik , mekanisme yang digunakan.
-
Kebaharuan (Novelty): Tekankan apa yang menjadikan inovasi ini unik atau berbeza daripada penyelesaian sedia ada. Bincangkan pendekatan, teknologi, atau konsep baru yang diperkenalkan.
-
Impak Inovasi: Huraikan kesan potensi atau sebenar daripada inovasi ini. Ini boleh merangkumi manfaat sosial, ekonomi, alam sekitar, atau teknologi. Sebutkan sebarang hasil yang boleh diukur atau perubahan yang dijangka.
-
Kesimpulan: Rumuskan perkara-perkara utama dalam abstrak, dengan menekankan kepentingan dan potensi inovasi tersebut.
Video (3-4 minit)
Peserta hanya perlu menghantar pautan video berdurasi 3 hingga 4 minit, berorientasi landskap dengan resolusi 720p atau 1080p, dan dimuat naik ke YouTube (set sebagai public atau unlisted). Video boleh dibuat dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. garis panduan video:
Nama Institusi
Nama Ahli Kumpulan
Nama Produk Inovasi
Pengenalan Inovasi
Isu dan Permasalahan
Aplikasi Inovasi (Fungsi/Kegunaan)
Kebaharuan (novelty)
Impak Inovasi
Gambar-gambar Inovasi
Kreativiti dan Persembahan
Templat Poster A1 (Canva/PowerPoint)
Templat Canva: https://shorturl.at/zcRno
Templat PowerPoint: https://bit.ly/eis24pptx
1. Penampilan Poster & Susun Atur
-
Pemilihan warna yang seimbang serta tidak menganggu penyampaian.
-
Pemilihan tulisan (saiz, gaya, kualiti) yang menarik.
-
Penggunaan ruang yang berkesan (min 20% ruang kosong)
-
Reka bentuk poster yang menarik perhatian.
-
Aliran penyampaian maklumat yang logik dan mudah diikuti.
-
Daya tarikan keseluruhan (komponen yang seimbang dan menarik)
2. Kandungan Poster Inovasi
-
Tajuk inovasi
-
Pengenalan inovasi
-
Isu dan Permasalahan
-
Aplikasi inovasi
-
Kebaharuan (novelty)
-
Impak
3. Inovasi
-
Inovasi adalah novel atau terdapat penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan inovasi.
-
Inovasi berpotensi memberi manfaat kepada masyarakat/alam sekitar/ekonomi/negara/lain-lain
-
Bekerjasama dengan pihak industri/berkepentingan untuk mencapai penyelesaian kreatif.
-
Mempunyai potensi komersial untuk dipasarkan dari segi reka bentuk dan permintaan pasaran
Borang Kebenaran
Lengkapkan borang kebenaran dan muat naik borang yang telah diisi dan ditandatangani oleh peserta dan mentor/supervisor.
Pautan borang kebenaran: https://bit.ly/4fftYKt
Anugerah dan Hadiah
.png)
Kategori Universiti Awam
Emas : Sijil Penghargaan, Plak + Wang Tunai Perak : Sijil Penghargaan + Plak Gangsa : Sijil Penghargaan + Plak Semua peserta (penyertaan individu/kumpulan) akan diberi sijil penyertaan dan peluang untuk bersaing bagi menerima anugerah dalam setiap kategori yang disenaraikan
.png)
Kategori Terbuka
Emas : Sijil Penghargaan, Plak + Wang Tunai Perak : Sijil Penghargaan + Plak Gangsa : Sijil Penghargaan + Plak Semua peserta (penyertaan individu/kumpulan) akan diberi sijil penyertaan dan peluang untuk bersaing bagi menerima anugerah dalam setiap kategori yang disenaraikan
Hubungi Kami
Alamat
Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar UMS, Tingkat 1, Bangunan Anjung Siswa, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaysia Sabah 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
© 2035 by Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar
Made with Wix Studio™
Maklumat Pembayaran
Nama Pemegang Akaun : Universiti Malaysia Sabah
Nama Bank : Maybank
No. Akaun : 510013022413
**Untuk memudahkan pembayaran pendaftaran Entrepreneurship Innovation Showcase 2024, sila letakkan EIS24 pada recipient reference.**
%20(1080%20x%20369%20px)%20(1).png)
.png)