
.png)

%20(1080%20x%20369%20px)%20(10).png)

Kategori A
Anugerah Institusi Terbaik (Keusahawanan)
-
Penilaian adalah berdasarkan prestasi dan pencapaian bagi tempoh 1 Januari 2022 hingga 31 Ogos 2024
-
Satu (1) mukasurat ringkasan eksekutif (≤ 250 patah perkataan)
-
Satu (1) mukasurat profil institusi (tarikh penubuhan, bilangan staf, bilangan pelajar, pencapaian, dsb.)
-
Laporan berdasarkan kriteria yang ditetapkan (≤ 2500 patah perkataan)
-
Dokumen sokongan (sekiranya ada)

Kategori B:
Anugerah Ikon Usahawan Terbaik (Pelajar)
-
Warganegara Malaysia
-
Pelajar (individu) asasi/diploma/ijazah sarjana muda sepenuh masa UMS
-
Memiliki perniagaan yang beroperasi selama sekurang-kurangnya 1 tahun
-
Perniagaan mestilah dimiliki dan diuruskan oleh pelajar - bukan perniagaan keluarga
-
Perniagaan mestilah berdaftar dengan pihak berkuasa yang berkenaan contoh: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ATAU Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ATAU Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar UMS (PKPKP)
-
Penilaian adalah berdasarkan prestasi dan pencapaian bagi tempoh 1 Januari 2022 hingga 31 Ogos 2024
-
Satu (1) mukasurat ringkasan eksekutif (≤ 250 patah perkataan)
-
Laporan berdasarkan kriteria yang ditetapkan (≤ 2500 patah perkataan)
-
Video pitch berkenaan perniagaan yang dicalonkan dalam format mpeg or mp4 (≤ 3 minit)
-
Dokumen sokongan:
-
Pendaftaran syarikat
-
Penyata kewangan perniagaan semasa
-
Resume pelajar
-
Salinan kad pengenalan
-

Kategori C:
Anugerah Ikon Mentor Keusahawanan Terbaik
-
Warganegara Malaysia
-
Mentor (individu) merupakan kakitangan UMS
-
Penilaian adalah berdasarkan prestasi dan pencapaian bagi tempoh 1 Januari 2022 hingga 31 Ogos 2024
-
Satu (1) mukasurat ringkasan eksekutif (≤ 250 patah perkataan)
-
Laporan berdasarkan kriteria yang ditetapkan (≤ 2500 patah perkataan)
-
Slaid pembentangan
-
Profil terkini/ curriculum vitae serta dokumen sokongan yang berkaitan

Kategori D:
Anugerah Penyelaras Keusahawanan Terbaik
-
Warganegara Malaysia
-
Penyelaras (individu) merupakan kakitangan UMS
-
Penilaian adalah berdasarkan prestasi dan pencapaian bagi tempoh 1 Januari 2022 hingga 31 Ogos 2024
-
Satu (1) mukasurat ringkasan eksekutif (≤ 250 patah perkataan)
-
Laporan berdasarkan kriteria yang ditetapkan (≤ 2500 patah perkataan)
-
Slaid pembentangan
-
Profil terkini/ curriculum vitae serta dokumen sokongan yang berkaitan

Kategori E:
Anugerah Ikon Usahawan Kelestarian Terbaik (Pelajar)
-
Warganegara Malaysia
-
Individu atau kumpulan pelajar asasi/diploma/ijazah sarjana muda sepenuh masa UMS
-
Perniagaan mestilah berdaftar dengan pihak berkuasa yang berkenaan contoh: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ATAU Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ATAU Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar UMS (PKPKP)
-
Menyokong pembangunan idea perniagaan inovatif yang mengutamakan impak sosial atau alam sekitar yang positif di bawah Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
-
Penilaian adalah berdasarkan prestasi dan pencapaian bagi tempoh 1 Januari 2022 hingga 31 Ogos 2024
-
Satu (1) mukasurat ringkasan eksekutif (≤ 250 patah perkataan)
-
Laporan berdasarkan kriteria yang ditetapkan (≤ 2500 patah perkataan)
-
Dokumen sokongan yang diperlukan adalah termasuk impak projek tersebut kepada aspek sosial dan ekonomi, penyata kewangan semasa (jika berkaitan) dan dokumen lain yang boleh dijadikan sokongan dan bukti pencapaian
-
Video pitch berkenaan perniagaan yang dicalonkan dalam format mpeg or mp4 (≤ 3 minit)

Kategori F:
Anugerah Ikon Usahawan Inovasi dan Teknologi Terbaik (Pelajar)
-
Warganegara Malaysia
-
Individu atau kumpulan pelajar asasi/diploma/ijazah sarjana muda sepenuh masa UMS
-
Perniagaan mestilah berdaftar dengan pihak berkuasa yang berkenaan contoh: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ATAU Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ATAU Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar UMS (PKPKP)
-
Inovasi dan teknolgi yang dihasilkan perlu dipacu secara digital (contoh digital: penggunaan e-dagang, pendidikan digital, pemasaran digital, pembayaran digital)
-
Penilaian adalah berdasarkan prestasi dan pencapaian bagi tempoh 1 Januari 2022 hingga 31 Ogos 2024
-
Satu (1) mukasurat ringkasan eksekutif (≤ 250 patah perkataan)
-
Laporan berdasarkan kriteria yang ditetapkan (≤ 2500 patah perkataan)
-
Dokumen sokongan yang diperlukan adalah termasuk impak projek tersebut kepada aspek sosial dan ekonomi, penyata kewangan semasa (jika berkaitan) dan dokumen lain yang boleh dijadikan sokongan dan bukti pencapaian
-
Video pitch berkenaan perniagaan yang dicalonkan dalam format mpeg or mp4 (≤ 5 minit)

Kategori Anugerah
KATEGORI A
Anugerah Institusi Terbaik (Keusahawanan)
KATEGORI B
Anugerah Ikon Usahawan Terbaik (Pelajar)
KATEGORI C
Anugerah Ikon Mentor Keusahawanan Terbaik

Poster
.png)

KATEGORI D
Anugerah Ikon Penyelaras Keusahawanan Terbaik
KATEGORI E
Anugerah Ikon Usahawan Kelestarian Terbaik (Pelajar)
KATEGORI F
Anugerah Ikon Usahawan Inovasi Dan Teknologi Terbaik (Pelajar)

Pengenalan
Anugerah Ikon Keusahawanan UMS, yang diperkenalkan pada tahun 2022, adalah sebuah majlis penghargaan yang berprestij, direka khusus untuk mengiktiraf dan menghargai pencapaian cemerlang dalam bidang keusahawanan di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Sejak diperkenalkan, anugerah ini telah menjadi simbol pengiktirafan tertinggi bagi individu dan kumpulan yang menunjukkan komitmen serta usaha luar biasa dalam memajukan agenda keusahawanan, baik di peringkat universiti, negeri, kebangsaan, mahupun antarabangsa.
Majlis ini bukan sahaja bertujuan untuk meraikan pencapaian, tetapi juga untuk meningkatkan motivasi dan memberi inspirasi kepada warga UMS—termasuk pelajar dan staf—untuk terus mengejar kecemerlangan dalam keusahawanan. Penganugerahan ini adalah sejajar dengan Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2021-2025 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, di mana ia memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan usaha serta menyemarakkan semangat keusahawanan di kalangan warga universiti.
Anugerah ini menawarkan pelbagai kategori untuk menilai kreativiti dan inovasi dalam keusahawanan, termasuk Anugerah Institusi Terbaik (Keusahawanan), Anugerah Ikon Usahawan Terbaik (Pelajar), Anugerah Ikon Mentor Keusahawanan Terbaik, Anugerah Ikon Penyelaras Keusahawanan Terbaik, Anugerah Ikon Usahawan Kelestarian Terbaik (Pelajar) dan Anugerah Ikon Usahawan Inovasi dan Teknologi Terbaik (Pelajar). Lebih daripada sekadar satu majlis penghargaan, Anugerah Ikon Keusahawanan UMS menjadi platform strategik untuk melahirkan lebih ramai usahawan berkemahiran tinggi dan syarikat pemula yang kompetitif, sejajar dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi untuk memacu perkembangan ekosistem keusahawanan negara.

Hubungi Kami
Alamat
Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar UMS, Tingkat 1, Bangunan Anjung Siswa, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaysia Sabah 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
© 2035 by Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar
Made with Wix Studio™