top of page
banner website (1).png

Pengenalan

Sejak tahun 2021, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menyambut Bulan Keusahawanan sebagai inisiatif tahunan untuk memupuk dan memperkukuhkan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar, kakitangan, dan komuniti kampus UMS. Program ini menyokong hala tuju Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2021 – 2025 yang dilaksanakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Pada tahun 2024, inisiatif ini diperkukuhkan lagi dengan penggabungan Bulan Kerjaya, menjadikannya Bulan Keusahawanan dan Kerjaya UMS 2024. 

banner website resolution
banner website.png

Objektif

  • Pembangunan Keusahawanan: Memupuk semangat usahawan pelajar berinovasi, memulakan perniagaan sendiri dan memberi bimbingan dan pengiktirafan kepada usahawan pelajar UMS. 

  • Penerokaan Kerjaya: Menyediakan ceramah dan jerayawara kerjaya untuk pelajar serta bakal graduan, membantu mereka merancang kerjaya dengan lebih berkesan. Memberi penghargaan atas pencapaian fakulti dalam meningkatkan kebolehpasaran pelajar.

  • Peningkatan Kemahiran: Menganjurkan latihan untuk kemahiran profesional dan teknologi baharu. Ini meningkatkan kebolehpasaran pelajar dalam pasaran kerja.

  • Kerjasama Industri-Akademia: Mengeratkan hubungan antara UMS dan industri untuk program pembangunan keusahawanan dan kerjaya. 

  • Penjenamaan Peribadi: Membantu pelajar membina profil profesional yang kukuh melalui sesi penulisan resume, persediaan temuduga, dan penggunaan platform rangkaian profesional.

AKTIVITI  BULAN KEUSAHAWANAN & KERJAYA 

1.png

EIS '24

Entrepreneurship Innovation Showcase 2024 (EIS '24) terbuka kepada pelajar sijil/asasi/diploma/prasiswazah IPT Sabah

banner carousel (Instagram Post).png

AIKUMS ' 24

Anugerah Ikon Keusahawanan UMS 2024 (AIKUMS '24) terbuka kepada pelajar asasi/diploma/prasiswazah UMS

3.png

SE DAY @ UMS

Social Enterprise Day @ UMS 2024 (SE Day @ UMS) merupakan sambutan setahun sekali di peringkat UMS

bottom of page